Hi guys.
Sy br je lps belajar mengenai data komunikasi ….so sy
nak berkongsi serba sdikit mengenai data komunikasi nie….jom la kte same2 tmbh
ckt ilmu pgtahuan kite ni ye….
DATA KOMUNIKASI
Penukaran atau
pemindahan maklumat digit terkod antara 2 peranti menggunakan sistem penghantaran
elektronik. Pemindahan ini melibatkan pengumpulan, pemprosesan dan penghantaran
maklumat dalam bentuk digit melalui saluran perhubungan.
Rangkaian komunikasi data juga terdiri drpd semua komputer dan peranti
yg
diperlukan utk berkomunikasi antara satu sama lain.
Contohnye : TELEKOMUNIKASI
pertukaran maklumat yang berlaku melalui jarak tertentu dgn menggunakan
perkakasan elektronik utk penghantaran seperti telefon, telegraf, tv.
Isyarat dalam data komunikasi
terbahagi kepada 2 iaitu ANALOG dan DIGITAL.
Analog mempunyai isyarat yang berbeza-beza iaitu
frequency (Hertz) dan amplitude (V/dB). Frequency dan
amplitude adalah parameters bagi sesuatu gelombang dan mempunyai ralat yang
lebih luas dan ia akan menghasilkan sine waves.
Isyarat digital - penghantaran
digital yang akan ditukar ke dalam kod binari yang terdiri daripada dua unsur
iaitu 1(on) dan 0(off). Ini adalah bahasa komputer dan ianya mempunyai ralat
yang kecil, lebih selamat, murah dan mudah untuk proses interface. Ianya
akan menghasilkan square wave dan perlu ditukar kepada isyarat analog dan
kemudiannya ditukar semula ke dalam bentuk digital supaya mudah untuk difahami
oleh sistem komputer.
MOD PENGHANTARAN DATA
Pengaliran Data
-Pergerakan
data berlaku antara dua titik.
-3 jenis mod
penghantaran dalam komunikasi data:-
Simpleks
Dupleks Separuh
Dupleks Penuh
SIMPLEKS (SIMPLEX)
Maklumat dihantar dalam satu hala sahaja. Contoh; penyiaran radio
dan TV.
DUPLEKS SEPARUH (HALF DUPLEX)
Maklumat
dihantar secara dua hala tetapi tidak pada masa yang sama.
Contoh: walkie-talkie
DUPLEKS PENUH
(FULL DUPLEX)
Maklumat dihantar secara dua hala serentak pada
masa yang sama.
Contoh:
telefon
PENGHANTARAN DATA SIRI DAN SELARI
Terdapat dua cara untuk memindahkan
data binari dari satu tempat ke satu tempat yang lain iaitu secara siri
(serial) atau selari (parallel).
Siri
(Serial) : Setiap bit dihantar satu persatu melalui satu kabel dan kadar penghantaran
adalah rendah dan lambat.
Selari
(Parallel) : Semua bit dihantar secara serentak dan penggunaan kabel adalah
banyak namun kadar penghantaran data adalah tinggi dan cepat.
Penghantaran
siri dan selari adalah berbeza kerana ia mempunyai teknik tersendiri.
Ø Teknik Synchronous
Ø Teknik Asynchronous
Teknik Synchronous
Terdiri daripada blok atau FRAME dimana sejumlah data yang besar akan dihantar secara segerak dan penerima dan penghantar mesti dalam keadaan segerak untuk satu jangka masa yang lama.
Teknik Asynchronous
Teknik ini sama dengan mod penghantaran siri dimana data akan dihantar secara bebas dan penerima akan melakukan proses pergerakan pada setiap permulaan data yang baru diterima.