Thursday, 26 April 2012


Network Topology adalah bagaimana komputer-komputer disambungkan secara pemetaan dan ianya juga menunjukkan bagaimana sesuatu rangkaian itu direka bentuk (design/lay out).Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

1.Topologi fizikal  
2.Topologi logikal. 

Topologi Fizikal :
Rangkaian yang melibatkan penggunaan perkakasan (hardware).

Topologi Logikal :
 
Rangkaian yang menggunakan kaedah pengaliran maklumat dari satu komputer kepada satu komputer yang lain yang terdapat dalam workstation.
 

Jenis-jenis Topologi Fizikal

1. Linear Bus 
- Linear bus juga dikenali sebagai rangkaian tulang belakang (backbone network).
- Terdiri daripada 1 kabel utama dengan terminator dikedua-dua hujungnya yang berfungsi
   sebagai alat untuk mengesan signal yang disalurkan pada kabel rangkaian.
- Hanya sebuah komputer sahaja yang boleh menghantar maklumat dalam satu masa.
- Maklumat akan dihantar melalui kabel dari satu komputer ke satu komputer yang lain
   sehingga maklumat sampai pada address khas.
- Kebiasanya ia digunakan di kawasan yang kecil seperti pejabat.
- contoh:  Ethernet & LocalTalk






2.  Star 
- Setiap 1 komputer akan disambungkan pada concentrator atau juga dikenali sebagai hub.
- Semua maklumat yang dipindahkan daripada satu komputer ke komputer yang lain adalah
  melalui hub.
- Hub merupakan pusat kepada rangkaian dan berfungsi untuk mengawal trafik  
  aliran maklumat.
- Hub juga berfungsi sebagai repeater yang mana ianya mengambil dan mengumpul semua
  isyarat yang sampai kepadanya dan menghantar semula maklumat melalui laluan
  seterusnya. 
- Kebiasaanya menggunakan twisted-pair, coaxial cable dan fibre optic cable.  
- Kerosakan pada komputer tidak akan menjejaskan rangkaian. 
- Contoh : 
 Ethernet & LocalTalk 




3.  Tree
Merupakan 1 kombinasi antara linear bus dan star. Selain itu,ia juga mengandungi kumpulan-kumpulan star yang bersusun dan bertulang belakangkan linear bus. Rangkaian ini juga dikenali sebagai hub to hub dan rangkaian ini lebih luas dengan adanya repeater pada hub utama.




 


NIC (Network Interface Controller)

Ianya adalah komponen perkakasan komputer yang menghubungkan komputer kepada rangkaian komputer. Tugas NIC adalah untuk mengubah aliran data paralel dalam linear bus menjadi bentuk data selari. Ianya berfungsi sebagai pengirim data kepada komputer lain dalam jaringan dan mengawal pengaliran data antara komputer dan sistem kabel.

Thursday, 15 March 2012

WeeK : 4


Hi guys.
Sy br je lps belajar mengenai data komunikasi ….so sy nak berkongsi serba sdikit mengenai data komunikasi nie….jom la kte same2 tmbh ckt ilmu pgtahuan kite ni  ye….

DATA KOMUNIKASI
Penukaran atau pemindahan maklumat digit terkod antara 2 peranti menggunakan sistem penghantaran elektronik. Pemindahan ini melibatkan pengumpulan, pemprosesan dan penghantaran maklumat dalam bentuk digit melalui saluran perhubungan.
Rangkaian komunikasi data juga terdiri drpd semua komputer dan peranti yg
diperlukan utk berkomunikasi antara satu sama lain.
Contohnye :  TELEKOMUNIKASI pertukaran maklumat yang berlaku melalui jarak tertentu dgn menggunakan perkakasan elektronik utk penghantaran seperti telefon, telegraf, tv.


Isyarat dalam data komunikasi terbahagi kepada 2 iaitu ANALOG dan DIGITAL.






Analog mempunyai isyarat yang berbeza-beza iaitu frequency (Hertz) dan amplitude (V/dB). Frequency dan amplitude adalah parameters bagi sesuatu gelombang dan mempunyai ralat yang lebih luas dan ia akan menghasilkan sine waves.

                                            
Isyarat digital - penghantaran digital yang akan ditukar ke dalam kod binari yang terdiri daripada dua unsur iaitu 1(on) dan 0(off). Ini adalah bahasa komputer dan ianya mempunyai ralat yang kecil, lebih selamat, murah dan mudah untuk proses interface. Ianya akan menghasilkan square wave dan perlu ditukar kepada isyarat analog dan kemudiannya ditukar semula ke dalam bentuk digital supaya mudah untuk difahami oleh sistem komputer.




 

MOD PENGHANTARAN DATA

Pengaliran Data

-Pergerakan data berlaku antara dua titik.
-3 jenis mod penghantaran dalam komunikasi data:-
*      Simpleks
*      Dupleks Separuh
*      Dupleks Penuh

SIMPLEKS (SIMPLEX)

 Maklumat dihantar dalam satu hala sahaja. Contoh; penyiaran radio dan TV.



DUPLEKS SEPARUH (HALF DUPLEX)

Maklumat dihantar secara dua hala tetapi tidak pada masa yang sama.
Contoh: walkie-talkie



DUPLEKS PENUH (FULL DUPLEX)

Maklumat dihantar secara dua hala serentak pada masa yang sama.

Contoh: telefon




PENGHANTARAN DATA SIRI DAN SELARI

Terdapat dua cara untuk memindahkan data binari dari satu tempat ke satu tempat yang lain iaitu secara siri (serial) atau selari (parallel).
*      Siri (Serial) : Setiap bit dihantar satu persatu melalui satu kabel dan kadar penghantaran adalah rendah dan lambat.
*      Selari (Parallel) : Semua bit dihantar secara serentak dan penggunaan kabel adalah banyak namun kadar penghantaran data adalah tinggi dan cepat.
Penghantaran siri dan selari adalah berbeza kerana ia mempunyai teknik tersendiri.

Ø  Teknik Synchronous
Ø  Teknik Asynchronous


Teknik Synchronous
Terdiri daripada blok atau FRAME dimana sejumlah data yang besar akan dihantar secara segerak dan penerima dan penghantar mesti dalam keadaan segerak untuk satu jangka masa yang lama.

Teknik Asynchronous
Teknik ini sama dengan mod penghantaran siri dimana data akan dihantar secara bebas dan penerima akan melakukan proses pergerakan pada setiap permulaan data yang baru diterima.

Tuesday, 13 March 2012

Week 3

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PELAYAR WEB (WEB BROWSER)


Ø Program pelanggan yang digunakan untuk memaparkan halaman yang dihantar oleh pelayan yang dihubung.
Ø  Terdapat 2 jenis pelayar yang sering digunakan untuk menjelajahi WWW iaitu:-
  • Mozilla Firefox
  • Microsoft Internet E xplorer 



Do you know about META SEARCH guys????...just read ok!!this will help u 2 know little bit about meta search.

search engine that queries other search engines after that, combines the results that are received from all. The user is not using just one search engine but a combination of many search engines at once to optimize Web searching like Dogpile is a metasearch engine.

  • Audio/Vide
  • Desktop Search
  • Google Special Searches
  • Local Search / Maps
  • Mobile Text Search

Saturday, 3 March 2012

WEEK 2

 Pengenalan kepada komunikasi dan rangkaian
 
Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari hidup kita. Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa disedari kita semakin bergantung kepada mesin yang kita panggil komputer ini. Begitu juga dengan tanggungjawab dan beban kerja di pejabat, di mana maklumat-maklumat perlulah dihantar dengan cepat dan pantas bagi mengelakkan berlakunya kerugian atau sebarang kebocoran maklumat. Contohnya, ahli-ahli perniagaan, penghantaran maklumat yang pantas dan selamat berupaya menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.
Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara penggunaan komputer dengan dengan teknologi telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Teknologi Maklumat.
Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakan dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), intranet dan internet.

Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik iaitu:
1. berbantukan komputer dan perisian
2. melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau
3. melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data.