Thursday 26 April 2012


Network Topology adalah bagaimana komputer-komputer disambungkan secara pemetaan dan ianya juga menunjukkan bagaimana sesuatu rangkaian itu direka bentuk (design/lay out).Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

1.Topologi fizikal  
2.Topologi logikal. 

Topologi Fizikal :
Rangkaian yang melibatkan penggunaan perkakasan (hardware).

Topologi Logikal :
 
Rangkaian yang menggunakan kaedah pengaliran maklumat dari satu komputer kepada satu komputer yang lain yang terdapat dalam workstation.
 

Jenis-jenis Topologi Fizikal

1. Linear Bus 
- Linear bus juga dikenali sebagai rangkaian tulang belakang (backbone network).
- Terdiri daripada 1 kabel utama dengan terminator dikedua-dua hujungnya yang berfungsi
   sebagai alat untuk mengesan signal yang disalurkan pada kabel rangkaian.
- Hanya sebuah komputer sahaja yang boleh menghantar maklumat dalam satu masa.
- Maklumat akan dihantar melalui kabel dari satu komputer ke satu komputer yang lain
   sehingga maklumat sampai pada address khas.
- Kebiasanya ia digunakan di kawasan yang kecil seperti pejabat.
- contoh:  Ethernet & LocalTalk






2.  Star 
- Setiap 1 komputer akan disambungkan pada concentrator atau juga dikenali sebagai hub.
- Semua maklumat yang dipindahkan daripada satu komputer ke komputer yang lain adalah
  melalui hub.
- Hub merupakan pusat kepada rangkaian dan berfungsi untuk mengawal trafik  
  aliran maklumat.
- Hub juga berfungsi sebagai repeater yang mana ianya mengambil dan mengumpul semua
  isyarat yang sampai kepadanya dan menghantar semula maklumat melalui laluan
  seterusnya. 
- Kebiasaanya menggunakan twisted-pair, coaxial cable dan fibre optic cable.  
- Kerosakan pada komputer tidak akan menjejaskan rangkaian. 
- Contoh : 
 Ethernet & LocalTalk 




3.  Tree
Merupakan 1 kombinasi antara linear bus dan star. Selain itu,ia juga mengandungi kumpulan-kumpulan star yang bersusun dan bertulang belakangkan linear bus. Rangkaian ini juga dikenali sebagai hub to hub dan rangkaian ini lebih luas dengan adanya repeater pada hub utama.




 


NIC (Network Interface Controller)

Ianya adalah komponen perkakasan komputer yang menghubungkan komputer kepada rangkaian komputer. Tugas NIC adalah untuk mengubah aliran data paralel dalam linear bus menjadi bentuk data selari. Ianya berfungsi sebagai pengirim data kepada komputer lain dalam jaringan dan mengawal pengaliran data antara komputer dan sistem kabel.

No comments:

Post a Comment