Thursday 26 April 2012


NETWORKING



Networking merupakan sambungan antara 2 atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikalnya tetapi ianya disambung secara operasi dan merupakan satu sistem perkongsian data, perisian, pertukaran maklumat, komunikasi. Pemindahan maklumat ini boleh dilakukan melalui kabel, gelombang, infrared dan satelit.

Antara kelebihan networking adalah ;

·         Berkongsi fail, data dan perisian
·         Mudah untuk memindahkan fail
·         Kurang kos dan menjimatkan masa
·         Penggunaan email

Jenis-jenis sistem rangkaian :

1. LAN (Local Area Network)
2. MAN (Metropolitan Area Network)
3. WAN (Wide Area Network)

Komponen Rangkaian :

1.       Terminals, Workstations, Computers dll

Setiap satu komputer dikhaskan sebagai file server yang mana ianya menyimpan semua perisian yang mengawal rangkaian dan segala perisian boleh dikongsi oleh semua komputer yang disambungkan kepada rangkaian. Komputer-komputer yang bersambung dengan file server dikenali sebagai workstations.


2.      Transmission Media

Ianya merupakan media yang digunakan untuk menghantar data di dalam persekitaran rangkaian.
i) Bounded ; Twisted Pair Wire, Co-Axial Cable, Fibre Optic Cable
ii) Unbounded ; AM n FM radio, TV broadcasting, satellite communication, microwave radio dan infrared signal.

3.      Network Electronic Devices

Merupakan alat yang digunakan untuk mengawal penghantaran data daripada sumber kepada destinasi.
CONTOHNYA….. bridges, routers, private branch exchange (PBX), multiplexer, switched, hubs dll.

a) Bridges (Jambatan)
Ia berfungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil dan mempunyai protokol yang mana setiap bridges menyediakan antaramuka (interface) yang serasi.

b) Routers
Membina atau menguruskan satu jadual laluan yang telah dikenal pasti dan digunakan untuk menterjemah maklumat antara rangkaian yang berasingan serta urusan penghantaran isyarat adalah begitu berkesan.

c) Hubs
Merupakan tulang belakang bagi sesebuah rangkaian (main circuit) dan mengawal trafik aliran maklumat dalam rangkaian supaya tidak berlaku perlanggaran maklumat.

4. Software
Ia merupakan perisian pada node yang biasanya melibatkan teknik dan protokol yang bertugas untuk menentukan peraturan dan prosedur bagi menghantar data, menamatkan data, terjemah data, kawal kesalahan dan mempersembahkan data. Tujuan software adalah untuk memastikan data yang ingin dihantar sampai ke destinasi.



4.      Network Operating System (NOS)
Sistem ini bertanggungjawab untuk mengawal lalu lintas pada rangkaian, membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstations, mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian dan ianya juga mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.

No comments:

Post a Comment